Kategori Beruk

Monday, October 24, 2011

Marco Simoncelli Tragic death. The best footage recent uploaded into Youtube. [beruktube]

NECKBREAKING NEWS - Sepang: Berita ni sebenarnya dah suam. Semua rakyat Malaysia, baik yang kenal Marco Simoncelli atau tidak, dah tahu pelumba motor GP dari Itali itu telah meninggal akibat kemalangan di litar Sepang semalam. Cuma footage yang ada di youtube tak banyak angle. Semua video menunjukkan scene sama. Dari satu kamera saja yang kelihatan. Mungkin tak ada lain, mungkin juga sengaja disembunyikan.

Kami baru jumpa di Youtube, edited version, baru 93 views saja, sepanjang 2 minit lebih. Menunjukkan bagaimana "Super Sic" punya tayar motor drifted dari asfalt, dan tersasar ke dalam lekok, terus memasuki trajektori Rossi dan Colin Edwards. Marco sudah terlalu rendah baringnya ketika itu, memang tidak nampak harapan untuk regain stability. Rossi sempat mengelak, tetapi Colin yang tak sempat terus merempuh Marco sehingga tercabut helmet dan gemulah.

Marco Simoncelli horror crash

Semua aspek keselamatan perlumbaan telah diambil kira oleh penganjur dan SIC, tetapi qada dan qadar tu sudah ketentuan. Helmet Marco tercabut ketika hentaman adalah disifatkan 'freak' dan dia meninggal selepas 45 minit akibat patah kecederaan di kepala, dada dan patah leher.

Dan ini dia video terbaru dimuatnaik ke youtube menunjukkan corner baring arwah Marco yang tersasar.

 


No comments: