Kategori Beruk

Friday, September 23, 2011

Berkhatan boleh mencegah AIDS. 150 ahli parlimen lelaki Zimbabwe disunatkan.

FREAKING NEWS - Zimbabwe: Semua ahli parlimen di Zimbabwe diwajibkan untuk berkhatan dalam usaha mencegah penularan virus HIV di negara itu, kata timbalan perdana menteri Zimbabwe.

There you go. Potong yg budak-budak punya senang, tapi kalau pakcik dah nak masuk 50 baru nak potong, dia punya liat berurat tu memang lain macam. Tapi tak kisah. Itu spirit yg kita nak tengok dalam usaha menangani isu AIDS.

Kajian telah menunjukkan, selain faktor kebersihan, membuang kulup di kepala kemaluan lelaki mampu menyelamatkan nyawa tuan punya kemaluan itu daripada dijangkiti penyakit membunuh itu. Malah lelaki bersunat juga berkebarangkalian rendah transfer HIV kepada orang lain. Awesome. Walaupun kami tak tahu asal usul kajian itu dari mikroskop universiti USA yang mana, tetapi staff lelaki di sini berasa bangga kerana masing-masing merdeka dari kulup semenjak kecil lagi.

Menurut Thokozani Khupe lagi, semua sekali 150 orang ahli parlimen lelaki dari bandar dan rural perlu menjalani pembedahan kecil tersebut, samada barang masih hidup ataupun sudah longlai. Agar menjadi contoh kepada rakyat jelata bahawa hal ini sangat penting.

Zimbabwe adalah salah satu negara di Selatan Afrika yang mengambil bahagian di dalam Kempen Menyunatkan 38 juta lelaki yang menelan belanja USD2.5billion untuk 15 tahun yang akan datang.

P/s: Kaya la tok mudim Zimbabwe.



1 comment:

KhairulZamanKhobin said...

wah.. hebat!... haha

ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Sebuah Kisah Renungan: Penghijrahan SHAM KAMIKAZE


nasib baik gambar pisang