Kategori Beruk

Wednesday, September 21, 2011

Comel gila. 4 ekor anak tupai diselamatkan daripada taufan Katia, UK. [5cutepics]

So cute. Tupai yang sememangnya kiut. Empat ekor anak tupai comel telah melambung, merempat, mengalami kejutan serta kehilangan kedua ibu bapa mereka selepas habitat mereka dimusnahkan taufan Katia minggu lepas.

anak tupai comel
Tidur kepenatan. Dijumpai dalam keadaan letih, lapar dan terkejut.
Tupai bulu perang empat beradik itu yang hanya berusia sekitar lima minggu, ditemui seorang pejalan kaki yang meninjau kawasan terjejas oleh taufan. Dia kemudian menyerahkan anak-anak tupai tersebut ke vet berdekatan Alnwick, Northumberland sebelum dihantar ke Wildlife Care Center di Ulgham.

Pemilik pusat pemuliharaan haiwan itu, Kim Olson, kata, "kalau anak-anak tupai itu tidak ditemui, mereka berkemungkinan besar akan mati dalam masa beberapa jam saja."

Apatah lagi jikalau mereka terlebih dahulu ditemui kucing, helang atau dumbass owner petknode yang tiada rasa perikemanusiaan terhadap binatang.


anak tupai comel
Mmuahh.

anak tupai comel
Mereka akan minum susu secara bergilir-gilir. So sweet.

anak tupai comel
Yaiii... comel. Okey, kat mana ada jual tupai?



No comments: