Kategori Beruk

Wednesday, September 07, 2011

Buaya terbesar dunia ditangkap di Filipina semalam.

BREAKING NEWS - Memang besar gila babi. Seberat 600kg, seekor buaya air masin yang ditangkap di daerah Agusan del Sur di Filipina semalam terpaksa ditarik oleh 100 orang lelaki sebelum diangkat oleh kren untuk dimasukkan ke dalam sebuah truck.


Buaya tembaga jantan tersebut berukuran 6.4meter, atau bersamaan dengan panjang sebuah bas bandar RapidKL. Ia dipercayai buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup setakat ini mengatasi rekod Guiness yang dipegang buaya air masin yang ditangkap di Cairns, Australia yang diukur sepanjang 5.5meter.

Buaya itu berjaya dibusted selepas 21 hari pakar buaya Palawan tahan tauk dan perangkap di sekitar habitatnya. Ini berikutan dah banyak kes manusia dibedal sampai mati di kawasan tersebut. Dalam tahun lepas, seorang budak perempuan pernah hilang di kawasan tersebut. Malah bulan lepas pula, seekor kerbau yang buang tabiat berkubang di pinggir sungai itu turut dibaham di depan mata penduduk kampung itu sendiri. Manakala Julai lepas, seorang nelayan lelaki turut dilaporkan hilang dan dipercayai angkara buaya 'hero' tersebut. Semua kes ini membuat mereka sentap dan berazam untuk menangkap 'bujang senang' itu.

Akhirnya, semalam buaya itu terperangkap di jaring mereka dan dirakam penampilannya di youtube.


Buaya terbesar itu akan ditempatkan di taman ekotourism atau 'kebun binatang' sebagai tontonan umum.

No comments: