Kategori Beruk

Tuesday, September 13, 2011

Geng giler kucing #19 - Kucing 'glows in the dark' punyai antivirus untuk AIDS. [Breaking]

Kucing pun berpotensi kena AIDS. Berjangkit melalui hubungan seks, jarum suntikan dan percakaran. Mendi (kucing jantan jiran aku) boleh dijangkiti AIDS ketika bergaduh dengan kucing kurap gelandangan, dan apabila dia menang dapat habuan seekor kucing betina hot, dia jangkitkan pula virus FIV (HIV versi kucing) kepada kucing betina itu apabila mereka bersenggama selepas berpantun. Doomed!

Bukan kegiatan tidak bermoral itu tumpuan perbincangan kita hari ini. Ayuh bercakap tentang benda lebih berfaedah sedikit.

Kajian terbaru di Mayo Clinic di Rochester, Minnesota, dan Yamaguchi University, Jepun, mendapati penyakit AIDS kucing telah menemui penyelesaian melalui suntikan gene antiviral special daripada beruk (macaque species, iaitu beruk panjat kelapa bontot pink itu) yang dinamakan TRIMCyp. Ianya sejenis protein, bertindak membentuk kembali T-cells (elemen antibodi dalam sel darah putih) yang telah diganyang oleh virus HIV.

kucing glow dalam gelap

kucing glow dalam gelap

kucing glow dalam gelap


Namun suntikan antivirus itu menyebabkan spesimen-spesimen kucing menjadi "glow in the dark" seperti flourescent. Seperti imej di atas. Freak sial. Ada resistant AIDS dah bagus, tapi dah jadi glow-glow sampai ke testis ni apa hal? Kucing tersebut kelihatan tertanya-tanya.

"Macam mana kami nak spy tikus dalam gelap nanti? Kantoi la macam ni." ujar kucing yang lain pula.

Apakah protein TRIMCyp ini yang buatkan kucing tersebut jadi makhluk separa X-men mutant yang glow in the dark ala-ala kondom Night Light?

Ia bukanlah side effect daripada proses imunisasi tersebut, tetapi kesan flouresent yang bercahaya hijau dalam gelap itu sebenarnya disebabkan oleh protein fluorescent hijau (Green Fluorescent Protein) yang diambil daripada obor-obor Aequorea. Fungsinya untuk Dr Eric Poeschia senang lihat akan  kesan development gene antiviral tersebut di dalam sel badan kucing menggunakan telescope cahaya.

Sebab antivirus TRIMCyp itu disuntik ke dalam ovum kucing dan akan develop secara mitosis dari sel ke sel yang membentuk fetus dan susuk tubuhnya. So, untuk make sure that kind of development actually happened, Dr Eric inject sekali protein obor-obor itu sebagai tracing stones.

Apa yang paling penting di sini, kebarangkalian penemuan ini membuka pintu untuk para saintis mengubahsuai protein beruk itu agar bersesuaian untuk kegunaan manusia pula. Protein itu sebelum ini sudahpun dikaji dalam sel tikus, babi, dan juga biri-biri.

Kalau dah sah boleh dipakai officially untuk manusia tu baguslah. Namun leading professor di Faceberuk, Prof Kamuram, musykil jika gene hijau obor-obor itu turut diinjek sama ke dalam ovum perempuan (untuk prevent AIDS) semasa pemeriksaan kesihatan sebelum kahwin di tahun 2030 nanti.

Sebab anda akan bermasalah jika di malam pertama nanti isteri atau suami anda tidak glow in the dark. Bermakna he is not vacsinated against HIV.

"Dara tak dara perkara kedua, yang penting you glow dulu. Now, I nak tengok."



No comments: