Kategori Beruk

Friday, September 30, 2011

Tandas meletup. Seorang wanita parah di celah peha. [FREAKING]

FREAKING NEWS - Washington: Yap. Jamban untuk berak tu...powwW... meletup. Aktiviti kemut-mengemut tahi telah bertukar tragedi. Akibatnya, seorang wanita kakitangan kerajaan, General Services Admin (GSA), di Washington DC dikejarkan ke hospital dalam keadaan peha beliau berdarah-darah.

Secara teknikal, letupan itu disebabkan oleh tekanan dalam paip yang terlampau tinggi. Tekanan memang diperlukan untuk pam air ke tingkat 8 bangunan tersebut. Tetapi malangnya, jurucakap GSA beritahu, paip itu telah bocor dan paket udara telah memasuki paip. 

Keadaan itu menyebabkan paip untuk flush mangkuk di tandas itu mendapat air pada tekanan sangat tinggi. Tandas tua itu pula menggunakan 'tankless flush' system, di mana keseluruhan tekanan pump di paip utama akan dihantar terus ke lubang jamban untuk ... keceburrrRR... flush taik. Berbeza dengan jamban yg ada tangki, ia lebih selamat sebab tekanan yang ada hanya disimpan dalam tangki kecik putih tu saja.

Apabila sistem jaringan paip di bangunan GSA itu bermasalah dgn tekanan, lever 'tankless flush system' itu sebenarnya adalah sumbu pada sebijik bom yang sedang genting. Waspada, ianya bom tahi. 

Sedikit saja ia ditarik selepas mangsa qadha hajat, sedikit bukaan valve saja, seluruh tekanan air akan mengasak hingga berlaku letupan air berserta tahi-tahi dan paling menakut adalah cebis-cebisan seramik tandas yang bersepai bertindak sbg shrapnel menembak-nembak dan mengoyak-ngoyak peha gebu wanita malang itu hingga parah. Bahagian semburan taik tidak pula diceritakan, pastinya amat busuk sekali.


Jadi, jikalau anda berkhidmat di pejabat komersil, sila periksa apakah jenis tangki simbah yang anda berhadapan setiap kali berak. Apakah jenis ada tangki, atau tankless. Kebanyakan bangunan komersial guna centralized water system iaitu 'tankless flushing system'. So, next time, lepas berak jangan gopoh flush dulu. Dubur gebu anda sebenarnya diancam bom, sedang ia tak pakai helmet.

Watch out!

Lap dulu lubang keramat tu, then basuh pelan-pelan. Dah suci bersih, bangun zip skirt dan bangun dengan konfiden. Tutup telinga, kemudian depa dari jauh untuk petik flush dan terus lari keluar. Okay? - sumber berita: metro.co.uk



No comments: