Kategori Beruk

Friday, October 28, 2011

Wikisensor untuk convert iPhone jadi pengesan tahap radiasi nuklear.

Pengguna smartphone iPhone sekalian, radiasi ada di mana saja. Bukan setakat di Fukushima, Jepun. Di airport KLIA ada (sebelah mesin X ray beg), di Gebeng ada, di telefon tangan pakai hari-hari pun ada. Now, Wikisensor memperkenalkan satu software untuk convert iPhone anda jadi dosimeter atau pengesan tahap radiasi. 

Software Wikisensor menggunakan CMOS sensor yang ada pada iPhone untuk kesan gelombang radiasi. CMOS sensor mampu mengesan gelombang panjang atau pendek, visible atau tidak. Jadi ia boleh diguna untuk kesan gamma atau beta ray. Kemudian, kepadatan gelombang radiasi akan ditukar kepada bacaan yang berkadaran dengannya. Ia turut dilengkapi alarm, log dan share button. 

Step by step to convert an iPhone into a radioactivity dosimeter

1) Make sure anda mempunyai iPhone. Jika tiada, tutup browser ini sekarang dan segera ke Store Apple untuk beli sebijik. Wikisensor hanya boleh digunakan oleh iPhone 4.


2) Download Wikisensor di iTunes App Store untuk USD0.99 dan install di iPhone anda.

3) Tentukan setting ikut suka kamu.


4) Baca manual dulu sebelum guna. Iaitu di situ disebut untuk kamu tutup kamera depan iPhone dengan pelekat legap untuk halang kamera itu ganggu bacaan.


5) Sekarang bacaan tahap radiasi nuklear di sekeliling anda akan ditunjukkan pada meter radiasi Wikisensor. Jurutera Wikisensor tidak menjelaskan ketepatan bacaan perisian mereka, tetapi menjamin ianya cukup untuk memberi persepsi awal radiasi kepada pengguna biasa. Jika bacaan 5 microsieverts diperolehi, ia memberi petanda bahawa pengguna perlu hati-hati atau rujuk pihak berwajib.




1 comment:

naqib faiz said...

kat gebeng ada radiasi? u must be joking.