Kategori Beruk

Thursday, September 22, 2011

Apa perasan anda apabila majlis pertunangan terbaik yang anda rancang dispoilkan sebegini?

FREAKING NEWS - China: Majlis pertunangan bukan benda main2 bro. Kena make sure manis, beerti, dan bersejarah. Atas sebab itu, kamu semua boleh tengok majlis-majlis pertunangan gila bab gempak, kalahkan kenduri kahwin. Lebih-lebih lagi kalau dah tahap artis. Poket kopak tak jadi masalah asal gempak. Eat that fact alive man.

Bagi golongan kemampuan sedang-sedang, sesetengah mereka menekangkang kreativiti. Propose dalam sampan, bagi surprise dengan misteri box, bawah pokok, dalam air, dan macam-macam.

.... malah ada yang terlebih kreatif. Atau, yep.... 'terlampau' kretif mungkin lebih sesuai. Sehingga manusia waras seperti aku dan kamu akan keliru... ini kretif ke bangang sebenarnya.

Zhu Lei

Jadi, ini sepatutnya sebuah idea yang brilliant.

Zhu Lei mahu melamar gadis kesayangannya di Fuyang, China, melalui balkoni. Itulah gempak luarbiasa yang mahu dibuat. Terbang ke balkoni dan merayu-rayu cinta di sudut yang asing itu. Damn sweet. Like a prince charming appears at your personal window and... propose.

Zhu Lei


Zhu Lei bukan Spidey in love atau Superman. Jadi untuk ke balkoni itu dia menyewa kren mengangkatnya naik ke tingkat enam. Dari situ, dengan berpakaian kemas dan membawa jambangan bunga indah, dia pun memanggil nama kekasihnya sambil berkata, "Na Na, saya cintakan awak, sudikah awak menjadi isteri saya?"

Dia berharap aweknya akan meremang bulu roma dan end up wet in tears sambil berkata, "Yes, I do do do do dooo."

Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Zhu Lei
Kena simbah air sial.

Zhu Lei yang basah kuyup apabila tiba-tiba disimbah air oleh emak girlfriendnya. Sebesen tu bro. Atas muka. Tak teragak-agak sial. Jadi pada pandangan anda, peminangan beliau ini diterima atau tidak sebenarnya?


Wajah tersenyum ini ada banyak maksud. Boleh jadi, "Nah, ini makan dia... haha.". Atau, boleh jadi, "Kretif konon, minum air basuh kaki ini haha." Atau peminangan pelik turut diterima dengan cara freak sebegitu? Mungkin juga. Tapi... gelak jahat tu beb, semacam puas, atau rasa best gila.

Selepas itu, Zhu Lei yang kehampaan itu tiada pilihan lain kecuali menyuruh pemandu tren menurunkan beliau kembali.

Zhu Lei

Cuba lagi tahun depan bro. Cadangan gua, lu masuk Porshe Boxster dulu, sangkut dekat kren, then baru angkat. Gua rasa dengan gaya itu, mak awek lu akan respek sikit. Bravo. - sumber.