Kategori Beruk

Wednesday, September 07, 2011

Geng giler kucing #16 - Owner Petknode takkan faham kekiutan kucing sebegini. [1beruktube]

Kucing kalau dah dahaga, ada banyak gaya dia cari air. Dia tibai minuman kita, hirup air atas mozak bilik air, air dalam baldi kat toilet, air lopak, atau air paip.

Aku pernah bela Itam dulu, kucing hitam, yang suka minum air daripada gelas. Kalau level air dalam gelas tu low gila, dia tak sampai untuk jilat, korang tahu apa dia akan buat?

Dia akan terbalikkan gelas tu. Lepas terbalikkan, dia akan minum senang hati. Aku yg tengok jadi panas je bila air bandung setengah gelas tu terbongkang atas meja. Kucing kalau terlalu genius jadi menyusahkan juga sebenarnya.

Tapi kali ni, ada lagi kucing yang comel gila tatkala mahu minum air dari paip. Seriously, freak gila cara dia minum. Freak tapi kiut dan of course kelakar gaban haha. Kalau anda semua tak percayai, cuba play video youtube kat bawah. Serious kiut. 



Kalau orang tak tahu, mesti orang ingat dia nak mandi atau nak wuduk. Fadahal dia nak minum je.